As salam..
Bila sebut percuma, mesti ramai orang akan bergembira dan tidak sabar untuk mempunyai polisi takaful. Ya betul, kali ini kita akan berbincang macam mana untuk dapatkan polisi takaful secara percuma. Terdapat beberapa langkah yang boleh digunakan untuk mendapatkan polisi takaful percuma.
1. Jadi Perunding Takaful
Ramai tidak tahu bahawa setiap perunding takaful akan dibayar secara komisen setiap bulan selama 6 tahun untuk sesuatu polisi. Jika kita mampu untuk mendapatkan 3 ~ 5 polisi baru yang bernilai RM150 setiap polisi. Setiap bulan kita akan mendapat RM112 ~ RM187 dengan beranggapan komisen 25% setiap polisi. Dengan RM100, kita mampu untuk mengambil HIBAH TAKAFUL bernilai RM150K (mengikut usia dan jenis pekerjaan) dan dengan RM170, kita akan mampu untuk mengambil pakej lengkap takaful termasuk Medical Card HE+ Vital.
2. Membuat Pembiayaan ASBF-i
Walaupun sekarang sudah banyak pendedahan mengenai kepentingan dan kebaikan ASBF-i, namun masih ramai yang tidak ambil peduli mengenainya. Dengan hanya setahun komitmen, kita boleh mendapat hampir RM10,000 selepas 5 tahun pembiayaan ASBF-i. Jika kita sanggup membayar setiap bulan RM250 untuk pembiayaan ASBF-i yang bernilai RM50,000. Pada tahun depannya, kita boleh mengunakan dividen yang diperolehi untuk membayar selama setahun ASBF-i atau kita mengambil polisi takaful berharga RM200 sebulan. Dengan cara ini, kita bukan sahaja mempunyai pelaburan & simpanan tetapi kita juga sudah mempunyai perlindungan jika apa-apa berlaku kepada diri kita.
3. Membuat Dobi Bergerak
Tidak ramai mengetahui mengenai dobi bergerak. Tidak ramai sanggup membuat dobi bergerak ini kerana beranggapan setiap rumah pasti mempunyai mesin basuh. Akan tetapi adakah kita tahu bahawa ramai orang tidak mempunyai masa untuk membasuh pakaian mereka tiap-tiap hari @ tiap-tiap minggu. Kita boleh menggunakan peluang ini untuk mengambil pakaian mereka dan menghantar ke dobi segera dimana setiap 9kg pakaian, kita boleh memberikan charge perkhidmatan sebanyak RM10. Bayangkan jika kita mampu melakukannya setiap hari dengan 40kg pakaian. Kita tidak perlu keluar modal, hanya perlu mengambil dan menghantar pakaian kepada pelanggan kita sahaja. Cukup sebulan, kita akan mempunyai lebihan sebanyak RM200 ~ RM400 dan kita mampu untuk mengambil polisi takaful bernilai RM170 sebulan.
4. Sublet Rumah
Ini memerlukan kos agak tinggi. Kita memerlukan sekurang-kurangnya RM6,000 untuk memulakan sublet rumah. Hal ini kerana, kita perlu mendapatkan rumah yang mempunyai sewa yang rendah tetapi kita akan mengoptimumkan sewa rumah tersebut untuk memulangkan keuntungan yang optimum kepada kita. Bayangkan jika kita berjaya menyewa rumah bernilai RM800 sebulan yang mempunyai 3 bilik dan 2 bilik air. Kita akan menggunakan RM3,000 untuk membayar deposit rumah dan RM3,000 lagi untuk kelengkapan rumah. Kita perlu menjadikan setiap bilik 2 katil dan total akan mempunyai 6 katil. Kita sewakan setiap katil RM200 sebulan, sebulan kita akan mendapat RM1,200 sebulan dan kita akan mempunyai lebihan RM400 sebulan. Dengan lebihan tersebut kita mampu untuk mengambil polisi takaful bernilai RM200 sebulan.
Sebenarnya banyak lagi cara untuk mendapatkan polisi takaful secara percuma. Didalam posting kali ini, kita hanya berbicara 4 cara dahulu. Mungkin dikemudian hari kita akan berbicara lagi. Sekarang hendak bersiap untuk solat jumaat.
~NK~
Seorang sahabat yang suka berkongsi berkaitan takaful, motivasi, kewangan dan hartanah.
Thursday, 20 October 2016
Friday, 14 October 2016
Payung
As salam..
Payung, semua orang faham apa itu payung. Payung adalah alat untuk melindungi diri dari basah pada waktu hujan. Penggunaan payung amat mudah, buka dan guna. Disebabkan kebaikan dan kemudahan penggunaan payung ini, payung sentiasa disimpan dimana-mana seperti rumah, kereta ataupun pejabat.
Payung sentiasa boleh dipasarkan kepada semua orang. Tidak kira tua, muda, lelaki, wanita, remaja ataupun budak. Payung boleh dikatakan sebagai alat yang paling mudah dan efficient untuk melindungi diri dari basah air hujan. Sehingga syarikat-syarikat besar seperti Petronas dan Avon sering mengeluarkan payung sebagai gift atau cenderamata kepada pelangan-pelangannya.
Jika kita memerlukan payung untuk melindungi diri dari basah air hujan, alat apakah yang boleh digunakan untuk melindungi diri dari kenaikan kos perubatan. Mengikut kajian Mercer March Benefits, kos rawatan di Malaysia meningkat sekitar 17.3% pada tahun 2016 berbanding 2015. Ini menunjukkan kos rawatan di Malaysia sentiasa meningkat dari tahun ke tahun. Kita perlu sediakan medical card sebelum kos memilikinya semakin meningkat.
Mengikut kajian dan pengalaman sendiri, orang semakin meningkat usia akan mempunyai masalah untuk memiliki medical card kerana contribution bulanan akan turut meningkat mengikut usia. Jika seseorang berumur 25 tahun perlu membayar RM150 sebulan manakala yang berumur 35 tahun perlu membayar RM200 sebulan hanya untuk benefit yang sama. Alangkah beruntungnya kepada yang berusia 20-an kerana dengan RM150 sudah mempunyai perlindungan jika menghidapi sakit. Bahkan mengikut kajian juga, penyakit jantung, kanser dan masalah pernafasan terus meningkatkan kos penjagaan kesihatan.
Walaupun kita sudah mempunyai medical card sekarang, tidak semestinya kita mampu untuk menanggung kos rawatan yang semakin meningkat. Jika diikutkan peningkatan 17.3% pada 2016 berbanding 2015. Berapakah kos rawatan untuk 10 tahun lagi? Sebagai contoh rawatan dialisis perlukan RM3500 sebulan pada 2016,berapa pula kos sebulan pada tahun 2026?
Dengan TVM calculator, pada tahun 2026. Kos dialisis perlukan RM4038 sebulan. Bayangkan berapa kos dialisis untuk setahun? Betapa besarnya angka wang tunai perlu disediakan jika kita tidak mempunyai medical card.
Jika anda sudah mempunyai medical card, sayangi medical card anda. Ini kerana, kos rawatan semakin meningkat saban tahun. Dengan peningkatan ini, kemungkinan besar rakyat negara ini akan menjadi seperti rakyat negara Jepun @ Singapura yang mempunyai lebih dari 2 polisi setiap orang.

Sunday, 9 October 2016
Papan Kehidupan
As salam..
Semua manusia yang bernyawa pasti akan mempunyai papan kehidupan masing-masing. Tidak kira tua, muda, miskin dan kaya. Setiap manusia akan mengharungi papan kehidupan berbeza-beza. Hanya diri kita mampu mengubah papan kehidupan masing-masing. Ini contoh papan kehidupan.
Suami Bergaji = RM 2,000
Isteri Bergaji = RM 1,500
Komitmen Bulanan.
Dua anak = RM 500
Ayah Ibu = RM 400
Rumah = RM 700
Kereta = RM 500
Barang Dapur = RM 500
Minyak = RM 300
Tol = RM 100
Total Komitmen = RM 3,000 +/- 10%
Lebihan bulanan = RM 500 +/- 10%
Bagaimana ingin tambahkan pendapatan dengan lebihan RM 500 ini. Tanpa perlu melakukan dua kerja.
Langkah pertama :
Apply ASBF-i sebanyak RM 50K.
Dengan bank interest 4.1%, bulanan komitmen sebanyak RM 250.
Ini bergantung strategi apa yang kita nak guna.
Salah satu strategi, kita bayar hanya setahun dan tahun berikutnya kita menggunakan dividen untuk membayar bulanan.
Dec 2016 : Apply ASBF-i sebanyak RM 50K.
2018 : Dividen sebanyak 7.25% = RM 3,625. Guna dividen sebanyak RM 3,000 untuk membayar bulanan pada tahun 2018. Lebihan RM 625, biarkan didalam akaun ASB.
Ulang langkah yang sama sehingga tahun 2021. Pada Dec-2021, minta withdrawn ASBF-i dari bank. Pada tahun 2022, kita akan mempunyai dengan kiraan dividen tetap pada 7.25% setiap tahun.
Dividen ASB tahun 2021 : RM 3,625
Lebihan dividen dari tahun 2018 hingga 2020 : RM 2,500
Cash value dari bank : RM 4,704.
Total cash pada tahun 2022 : RM 10,829
Kiraan ini tidak termasuk bonus setiap tahun.
Langkah kedua :
Simpan RM 100 kedalam bank @ TH. Jadikan tabiat menyimpan bermula dari awal. Setahun kita simpan di TH akan mendapat RM 1238,dengan mengambil kira dividen 6% setahun.
Langkah ketiga :
Apply Hibah Takaful dengan duit berbaki RM 150.
Sekurang-kurangnya dengan hibah takaful, jika apa-apa berlaku kepada si suami.
1. Disahkan sakit kritikal : RM 50K
2. Meninggal dunia : RM 300K
Keluarga masih boleh teruskan hidup tanpa perlu korbankan cara hidup.

Friday, 7 October 2016
Lebah
As salam..
Hari ni, nak bercerita sedikit mengenai lebah. Rasanya semua orang tahu lebah ni binatang apa? Lebah yang dikurniakan badan kecil, bersayap dan bermata banyak. Disamping itu,lebah juga menghasilkan madu yang manis dan enak untuk dimakan oleh manusia. Madu ini juga mempunyai pelbagai khasiat dan manfaat.
Sebelum lebah menghasilkan madu, perkara pertama yang lebah akan hasilkan adalah tempat tinggal. Lebah akan bekerjasama untuk mendirikan tempat tinggal yang kuat dan ditempat tinggi. Ini kerana, lebah ingin melindungi madu yang akan dihasilkan.
Begitu juga dengan manusia, manusia akan berusaha untuk mendapatkan tempat tinggal untuk keluarga. Ada yang menyewa, ada yang membeli dan ada yang menumpang dengan keluarga. Tempat tinggal sangat penting untuk keselamatan dan kebahagiaan sesebuah keluarga. Sekarang sudah menjadi trend untuk golongan muda membeli rumah. Jika waktu muda tidak membeli rumah, kemudian hari akan menghadapi kesukaran untuk membeli rumah.
Didalam trend membeli rumah dimasa muda, jangan pula dilupa tentang insurans/takaful. Hal ini kerana, 90% orang yang sudah membeli rumah dan membuat pembiayaan dengan bank tidak mengetahui rumah mereka tetap kena bayar secara bulanan jika mereka menghadapi sakit kritikal. Bahkan insurans/takaful yang diambil dengan pihak bank tidak memberi perlindungan penuh jika pemilik rumah meninggal dunia. Ahli keluarga tetap perlu melunaskan hutang rumah.
Kita bersambung pada hari lain..

Big WHY
As salam..
Jika kita ingin ceburkan diri dalam mana-mana perniagaan atau pekerjaan. Pastikan kita perlu cari big WHY didalam diri kita. Jangan kita ceburi sesuatu bidang tanpa mencari big WHY. Big WHY inilah yang akan mengerakkan kita menjadi berjaya dan sentiasa mendorong diri kita untuk bergerak kehadapan. Segala masalah akan dapat diselesaikan dengan big WHY. Bila big WHY sudah meresap dalam diri, big HOW akan datang secara semulajadi.
Kenapa perlu big WHY??
Kenapa big HOW akan datang bila kita mempunyai big WHY?
Sebagai contoh, bagi yang ingin ceburi bidang business takaful. Mereka akan disuruh mencari big WHY didalam diri masing-masing. Jika big WHY tidak dapat dicari, seseorang perunding takaful akan kecundang ditengah jalan. Akan mudah putus asa dan merasakan business takaful ini tidak boleh pergi jauh. Segala masalah yang timbul akan salahkan orang lain tanpa melihat diri sendiri.
Dengan big WHY sudah tertanam didalam diri, secara semulajadi segala masalah dan kesusahan akan dapat diatasi. Ini kerana, kita akan sentiasa berfikir untuk menyelesaikannya kerana kita mempunyai big WHY yang kuat. Kita akan menjadi kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan masalah kerana idea-idea yang datang dari hati dan jiwa yang bersih. Waktu ini, diri kita akan tepu dengan segala masalah dan sentiasa berusaha untuk berjaya.
Didalam kita mencari apa big WHY dalam diri, secara semulajadi Visi dan Misi diri kita akan menjelma. Dari Visi dan Misi inilah akan datang big HOW. Jika kita mempunyai kekuatan dan kesabaran dalam merelisasikan big WHY, kita akan menjadi orang yang berjaya sentiasa bersyukur. Kerana kita tahu, tanpa big WHY mungkin kita tidak akan berada di tempat yang sepatutnya.
Sebagai contoh diri saya, saya menceburi business takaful ini kerana saya ingin mengubah cara hidup dan bahagiakan keluarga saya. Impian jangka pendek saya adalah saya ingin membawa kedua ibubapa dan isteri pergi umrah. Dan impian jangka masa panjang saya adalah saya ingin membawa mereka menunaikan haji dan ziarah mana-mana tempat yang mereka hajati. Disamping itu, impian saya juga ingin mempunyai rumah sebanyak 15 buah sebelum umur mencapai 50 tahun.
Setiap orang mesti mempunyai big WHY masing-masing. Setiap big WHY adalah motivasi dalam diri masing-masing untuk berjaya. Walau apa yang mendatang, diri kita akan teguh dalam menghadapinya. Jika tidak, kita akan jatuh, jatuh dan jatuh buat selama-lamanya sehingga kita akan sentiasa salahkan orang lain disetiap masalah yang muncul tanpa kita muhasabah diri.

Thursday, 6 October 2016
Takaful Dan Khairat Kematian
Takaful..
Apa maksud takaful??
Kenapa perlu ada takaful??
Semua orang pernah dengar Khairat Kematian. Khairat kematian adalah satu tabung yang ditubuhkan oleh JKK Kampung atau Masjid yang akan digunakan apabila terdapat kematian dikalangan peserta. Selalunya setiap peserta akan membayar sebanyak RM10 @ lebih setahun dan segala kos pengurusan jenazah akan ditanggung oleh tabung khairat kematian. Kos pengurusan termasuk kain kafan, upah mandikan jenazah, solatkan jenazah dan kebumikan jenazah. Jika terdapat lebihan wang, pemegang amanah tabung khairat kematian akan memberikan wang tersebut kepada waris si mati. Khairat kematian sangat membantu dikalangan peserta kerana tidak semua keluarga mampu sediakan wang yang cukup untuk kos pengurusan jenazah.
Takaful mengambil konsep khairat kematian didalam masyarakat Malaysia dengan penubuhan tabung tabarru'. Dimana setiap peserta perlu membayar sumbangan tabung tabarru' setiap bulan. Didalam takaful, tabung tabarru' akan dipecahkan kepada dua tabung iaitu IUA & PUA. IUA dikenali sebagai tabung investment manakala PUA dikenali sebagai tabung perlimdungan.
Semua simpanan peserta akan dimasukan didalam tabung IUA dan boleh dikeluarkan bilamana simpanan sudah melebihi RM1,000. Peserta boleh keluarkan simpanan ini dan mesti tinggalkan minimum RM1,000 didalam tabung ini. Ini kerana, tabung ini akan digunakan sebagai modal untuk investment. Dari investment ini, akan dapat menambahkan simpanan peserta didalam tabung IUA.
Disamping itu, tabung PUA adalah tabung perlindungan dimana semua claim dan penggunaan duit oleh peserta untuk kos rawatan dan pampasan. Tabung ini sebagai pengerak kepada semua perlindungan yang dimasukan didalam polisi peserta. Tabung Tabarru' ini akan diselia dan dikawal oleh Operator Takaful yang telah dilesenkan oleh BNM. BNM yakan menyelia setiap operator takaful mengikut undang-undang dan akta-akta yang telah ditetapkan.
Didalam khairat kematian kampung, manfaat hanya digunakan bila terdapat kematian dikalangan peserta. Tetapi didalam takaful, peserta akan menikmati manfaat ketika sakit, kemalangan dan kematian. Disamping itu, terdapat rider tambahan seperti Takaful Puteri (lebih kepada penyakit perempuan), Takaful Smartlink (untuk kanak-kanak) dan saving.

Subscribe to:
Posts (Atom)