Takaful..
Apa maksud takaful??
Kenapa perlu ada takaful??
Semua orang pernah dengar Khairat Kematian. Khairat kematian adalah satu tabung yang ditubuhkan oleh JKK Kampung atau Masjid yang akan digunakan apabila terdapat kematian dikalangan peserta. Selalunya setiap peserta akan membayar sebanyak RM10 @ lebih setahun dan segala kos pengurusan jenazah akan ditanggung oleh tabung khairat kematian. Kos pengurusan termasuk kain kafan, upah mandikan jenazah, solatkan jenazah dan kebumikan jenazah. Jika terdapat lebihan wang, pemegang amanah tabung khairat kematian akan memberikan wang tersebut kepada waris si mati. Khairat kematian sangat membantu dikalangan peserta kerana tidak semua keluarga mampu sediakan wang yang cukup untuk kos pengurusan jenazah.
Takaful mengambil konsep khairat kematian didalam masyarakat Malaysia dengan penubuhan tabung tabarru'. Dimana setiap peserta perlu membayar sumbangan tabung tabarru' setiap bulan. Didalam takaful, tabung tabarru' akan dipecahkan kepada dua tabung iaitu IUA & PUA. IUA dikenali sebagai tabung investment manakala PUA dikenali sebagai tabung perlimdungan.
Semua simpanan peserta akan dimasukan didalam tabung IUA dan boleh dikeluarkan bilamana simpanan sudah melebihi RM1,000. Peserta boleh keluarkan simpanan ini dan mesti tinggalkan minimum RM1,000 didalam tabung ini. Ini kerana, tabung ini akan digunakan sebagai modal untuk investment. Dari investment ini, akan dapat menambahkan simpanan peserta didalam tabung IUA.
Disamping itu, tabung PUA adalah tabung perlindungan dimana semua claim dan penggunaan duit oleh peserta untuk kos rawatan dan pampasan. Tabung ini sebagai pengerak kepada semua perlindungan yang dimasukan didalam polisi peserta. Tabung Tabarru' ini akan diselia dan dikawal oleh Operator Takaful yang telah dilesenkan oleh BNM. BNM yakan menyelia setiap operator takaful mengikut undang-undang dan akta-akta yang telah ditetapkan.
Didalam khairat kematian kampung, manfaat hanya digunakan bila terdapat kematian dikalangan peserta. Tetapi didalam takaful, peserta akan menikmati manfaat ketika sakit, kemalangan dan kematian. Disamping itu, terdapat rider tambahan seperti Takaful Puteri (lebih kepada penyakit perempuan), Takaful Smartlink (untuk kanak-kanak) dan saving.
~NK~
No comments:
Post a Comment