Friday, 7 October 2016

Big WHY

As salam..

Jika kita ingin ceburkan diri dalam mana-mana perniagaan atau pekerjaan. Pastikan kita perlu cari big WHY didalam diri kita. Jangan kita ceburi sesuatu bidang tanpa mencari big WHY. Big WHY inilah yang akan mengerakkan kita menjadi berjaya dan sentiasa mendorong diri kita untuk bergerak kehadapan. Segala masalah akan dapat diselesaikan dengan big WHY. Bila big WHY sudah meresap dalam diri, big HOW akan datang secara semulajadi.


Kenapa perlu big WHY??
Kenapa big HOW akan datang bila kita mempunyai big WHY?

Sebagai contoh, bagi yang ingin ceburi bidang business takaful. Mereka akan disuruh mencari big WHY didalam diri masing-masing. Jika big WHY tidak dapat dicari, seseorang perunding takaful akan kecundang ditengah jalan. Akan mudah putus asa dan merasakan business takaful ini tidak boleh pergi jauh. Segala masalah yang timbul akan salahkan orang lain tanpa melihat diri sendiri.

Dengan big WHY sudah tertanam didalam diri, secara semulajadi segala masalah dan kesusahan akan dapat diatasi. Ini kerana, kita akan sentiasa berfikir untuk menyelesaikannya kerana kita mempunyai big WHY yang kuat. Kita akan menjadi kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan masalah kerana idea-idea yang datang dari hati dan jiwa yang bersih. Waktu ini, diri kita akan tepu dengan segala masalah dan sentiasa berusaha untuk berjaya.

Didalam kita mencari apa big WHY dalam diri, secara semulajadi Visi dan Misi diri kita akan menjelma. Dari Visi dan Misi inilah akan datang big HOW. Jika kita mempunyai kekuatan dan kesabaran dalam merelisasikan big WHY, kita akan menjadi orang yang berjaya sentiasa bersyukur. Kerana kita tahu, tanpa big WHY mungkin kita tidak akan berada di tempat yang sepatutnya.

Sebagai contoh diri saya, saya menceburi business takaful ini kerana saya ingin mengubah cara hidup dan bahagiakan keluarga saya. Impian jangka pendek saya adalah saya ingin membawa kedua ibubapa dan isteri pergi umrah. Dan impian jangka masa panjang saya adalah saya ingin membawa mereka menunaikan haji dan ziarah mana-mana tempat yang mereka hajati. Disamping itu, impian saya juga ingin mempunyai rumah sebanyak 15 buah sebelum umur mencapai 50 tahun.


Setiap orang mesti mempunyai big WHY masing-masing. Setiap big WHY adalah motivasi dalam diri masing-masing untuk berjaya. Walau apa yang mendatang, diri kita akan teguh dalam menghadapinya. Jika tidak, kita akan jatuh, jatuh dan jatuh buat selama-lamanya sehingga kita akan sentiasa salahkan orang lain disetiap masalah yang muncul tanpa kita muhasabah diri.

~NK~

No comments:

Post a Comment