Friday, 7 October 2016

Lebah

As salam..

Hari ni, nak bercerita sedikit mengenai lebah. Rasanya semua orang tahu lebah ni binatang apa? Lebah yang dikurniakan badan kecil, bersayap dan bermata banyak. Disamping itu,lebah juga menghasilkan madu yang manis dan enak untuk dimakan oleh manusia. Madu ini juga mempunyai pelbagai khasiat dan manfaat.


Sebelum lebah menghasilkan madu, perkara pertama yang lebah akan hasilkan adalah tempat tinggal. Lebah akan bekerjasama untuk mendirikan tempat tinggal yang kuat dan ditempat tinggi. Ini kerana, lebah ingin melindungi madu yang akan dihasilkan.

Begitu juga dengan manusia, manusia akan berusaha untuk mendapatkan tempat tinggal untuk keluarga. Ada yang menyewa, ada yang membeli dan ada yang menumpang dengan keluarga. Tempat tinggal sangat penting untuk keselamatan dan kebahagiaan sesebuah keluarga. Sekarang sudah menjadi trend untuk golongan muda membeli rumah. Jika waktu muda tidak membeli rumah, kemudian hari akan menghadapi kesukaran untuk membeli rumah.


Didalam trend membeli rumah dimasa muda, jangan pula dilupa tentang insurans/takaful. Hal ini kerana, 90% orang yang sudah membeli rumah dan membuat pembiayaan dengan bank tidak mengetahui rumah mereka tetap kena bayar secara bulanan jika mereka menghadapi sakit kritikal. Bahkan insurans/takaful yang diambil dengan pihak bank tidak memberi perlindungan penuh jika pemilik rumah meninggal dunia. Ahli keluarga tetap perlu melunaskan hutang rumah.

Kita bersambung pada hari lain..

~NK~

No comments:

Post a Comment