Thursday, 20 October 2016

Polisi Takaful Percuma

As salam..

Bila sebut percuma, mesti ramai orang akan bergembira dan tidak sabar untuk mempunyai polisi takaful. Ya betul, kali ini kita akan berbincang macam mana untuk dapatkan polisi takaful secara percuma. Terdapat beberapa langkah yang boleh digunakan untuk mendapatkan polisi takaful percuma.

1. Jadi Perunding Takaful
Ramai tidak tahu bahawa setiap perunding takaful akan dibayar secara komisen setiap bulan selama 6 tahun untuk sesuatu polisi. Jika kita mampu untuk mendapatkan 3 ~ 5 polisi baru yang bernilai RM150 setiap polisi. Setiap bulan kita akan mendapat RM112 ~ RM187 dengan beranggapan komisen 25% setiap polisi. Dengan RM100, kita mampu untuk mengambil HIBAH TAKAFUL bernilai RM150K (mengikut usia dan jenis pekerjaan) dan dengan RM170, kita akan mampu untuk mengambil pakej lengkap takaful termasuk Medical Card HE+ Vital.


2. Membuat Pembiayaan ASBF-i
Walaupun sekarang sudah banyak pendedahan mengenai kepentingan dan kebaikan ASBF-i, namun masih ramai yang tidak ambil peduli mengenainya. Dengan hanya setahun komitmen, kita boleh mendapat hampir RM10,000 selepas 5 tahun pembiayaan ASBF-i. Jika kita sanggup membayar setiap bulan RM250 untuk pembiayaan ASBF-i yang bernilai RM50,000. Pada tahun depannya, kita boleh mengunakan dividen yang diperolehi untuk membayar selama setahun ASBF-i atau kita mengambil polisi takaful berharga RM200 sebulan. Dengan cara ini, kita bukan sahaja mempunyai pelaburan & simpanan tetapi kita juga sudah mempunyai perlindungan jika apa-apa berlaku kepada diri kita.


3. Membuat Dobi Bergerak
Tidak ramai mengetahui mengenai dobi bergerak. Tidak ramai sanggup membuat dobi bergerak ini kerana beranggapan setiap rumah pasti mempunyai mesin basuh. Akan tetapi adakah kita tahu bahawa ramai orang tidak mempunyai masa untuk membasuh pakaian mereka tiap-tiap hari @ tiap-tiap minggu. Kita boleh menggunakan peluang ini untuk mengambil pakaian mereka dan menghantar ke dobi segera dimana setiap 9kg pakaian, kita boleh memberikan charge perkhidmatan sebanyak RM10. Bayangkan jika kita mampu melakukannya setiap hari dengan 40kg pakaian. Kita tidak perlu keluar modal, hanya perlu mengambil dan menghantar pakaian kepada pelanggan kita sahaja. Cukup sebulan, kita akan mempunyai lebihan sebanyak RM200 ~ RM400 dan kita mampu untuk mengambil polisi takaful bernilai RM170 sebulan.


4. Sublet Rumah
Ini memerlukan kos agak tinggi. Kita memerlukan sekurang-kurangnya RM6,000 untuk memulakan sublet rumah. Hal ini kerana, kita perlu mendapatkan rumah yang mempunyai sewa yang rendah tetapi kita akan mengoptimumkan sewa rumah tersebut untuk memulangkan keuntungan yang optimum kepada kita. Bayangkan jika kita berjaya menyewa rumah bernilai RM800 sebulan yang mempunyai 3 bilik dan 2 bilik air. Kita akan menggunakan RM3,000 untuk membayar deposit rumah dan RM3,000 lagi untuk kelengkapan rumah. Kita perlu menjadikan setiap bilik 2 katil dan total akan mempunyai 6 katil. Kita sewakan setiap katil RM200 sebulan, sebulan kita akan mendapat RM1,200 sebulan dan kita akan mempunyai lebihan RM400 sebulan. Dengan lebihan tersebut kita mampu untuk mengambil polisi takaful bernilai RM200 sebulan.


Sebenarnya banyak lagi cara untuk mendapatkan polisi takaful secara percuma. Didalam posting kali ini, kita hanya berbicara 4 cara dahulu. Mungkin dikemudian hari kita akan berbicara lagi. Sekarang hendak bersiap untuk solat jumaat.

~NK~

No comments:

Post a Comment