Friday, 14 October 2016

Payung

As salam..

Payung, semua orang faham apa itu payung. Payung adalah alat untuk melindungi diri dari basah pada waktu hujan. Penggunaan payung amat mudah, buka dan guna. Disebabkan kebaikan dan kemudahan penggunaan payung ini, payung sentiasa disimpan dimana-mana seperti rumah, kereta ataupun pejabat.


Payung sentiasa boleh dipasarkan kepada semua orang. Tidak kira tua, muda, lelaki, wanita, remaja ataupun budak. Payung boleh dikatakan sebagai alat yang paling mudah dan efficient untuk melindungi diri dari basah air hujan. Sehingga syarikat-syarikat besar seperti Petronas dan Avon sering mengeluarkan payung sebagai gift atau cenderamata kepada pelangan-pelangannya.

Jika kita memerlukan payung untuk melindungi diri dari basah air hujan, alat apakah yang boleh digunakan untuk melindungi diri dari kenaikan kos perubatan. Mengikut kajian Mercer March Benefits, kos rawatan di Malaysia meningkat sekitar 17.3% pada tahun 2016 berbanding 2015. Ini menunjukkan kos rawatan di Malaysia sentiasa meningkat dari tahun ke tahun. Kita perlu sediakan medical card sebelum kos memilikinya semakin meningkat.

Mengikut kajian dan pengalaman sendiri, orang semakin meningkat usia akan mempunyai masalah untuk memiliki medical card kerana contribution bulanan akan turut meningkat mengikut usia. Jika seseorang berumur 25 tahun perlu membayar RM150 sebulan manakala yang berumur 35 tahun perlu membayar RM200 sebulan hanya untuk benefit yang sama. Alangkah beruntungnya kepada yang berusia 20-an kerana dengan RM150 sudah mempunyai perlindungan jika menghidapi sakit. Bahkan mengikut kajian juga, penyakit jantung, kanser dan masalah pernafasan terus meningkatkan kos penjagaan kesihatan.


Walaupun kita sudah mempunyai medical card sekarang, tidak semestinya kita mampu untuk menanggung kos rawatan yang semakin meningkat. Jika diikutkan peningkatan 17.3% pada 2016 berbanding 2015. Berapakah kos rawatan untuk 10 tahun lagi? Sebagai contoh rawatan dialisis perlukan RM3500 sebulan pada 2016,berapa pula kos sebulan pada tahun 2026?


Dengan TVM calculator, pada tahun 2026. Kos dialisis perlukan RM4038 sebulan. Bayangkan berapa kos dialisis untuk setahun? Betapa besarnya angka wang tunai perlu disediakan jika kita tidak mempunyai medical card.

Jika anda sudah mempunyai medical card, sayangi medical card anda. Ini kerana, kos rawatan semakin meningkat saban tahun. Dengan peningkatan ini, kemungkinan besar rakyat negara ini akan menjadi seperti rakyat negara Jepun @ Singapura yang mempunyai lebih dari 2 polisi setiap orang.

~NK~

No comments:

Post a Comment